{Assalamualaikum,peeps}
Okay,nampak aja gambar tu korang paham-paham jelah kan,mesej apa yang aku nak share kepada korang?
"Apabila kau bersyukur, maka akan aku tambah"
Sorry-lah, aku tak ingat surah mana. Tapi, memang bunyinya macam itulah.Aku faham; nak bersyukur itu agak payah apabila kita hidup dengan masyarakat nyata dan maya sekarang ini.
Kita nampak kelebihan orang.
Kita tak sempat nak scan diri sendiri.
Yelah,ada orang kereta mahal,rumah sendiri dan etc - tapi,kita?
Alhamdulillah...masih ada rumah nak tinggal walau rumah kecik sekalipun.
Memang nak bersyukur terlalu payah.Kesabaran kena tip-top,fikiran kena open sikit dan hati pastilah kena neutral daripada bentuk godaan dunia (ceh ://)
Tapi,jangan kita lupa. Ganjaran Allah nak bagi lagi besar daripada yang kita duk kejar-kejar itu. Sabr dan Shukr adalah tunjang pada kebahagiaan hidup yang hakiki.
Soalan tadi tu,kenapa nak kena bersyukur?
1.Bila Allah janjikan sesuatu yang lebih hebat daripada yang dia pernah beri sebelum ini,maka percayalah kerana tuhan yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.
2.Ideologinya sama saja; ada ikan dan pancing. Dia bagi kita pilih,mana yang kita nak.
Kalau ikan;
Dapat nikmat kecil saja.Senang mudah dan segera.
Kalau pancing;
Lambat,lama tunggu dan nikmatnya lebih besar dan manfaatnya lebih hebat.
3."Bila kita kurang,tengok orang yang lebih kurang daripada kita"
4. Bersyukur lebih dekatkan diri pada sifat tawadduk.
5. Kebahagiaan sebenar terletak pada hati yang bersyukur. Apabila ujian datang,dia terima dengan redha dan sabr, apabila nikmat turun,dia bersyukur dan berterima kasih" - Maka, tak hairanlah ada orang walau tengah bermasalahpun tetap tersenyum bahagia kerana hati yang patuh dan redha pada setiap perancangan daripada Tuhan.
6.Otak yang kuat bersyukur inclined to optimism dan positivity. Yelah,bila gagal periksa,bersyukur. Bila bisnes gagal,bersyukur.Bila gaji tidak naik,bersyukur. Masih ada ilmu yang boleh diterokai, masih ada rumah untuk tinggal dan masih ada sumber pendapatan untuk hidup.
-Hati yang penuh sabr dan syukr, adalah hati yang bersyukur-
Semoga kita semua dikurniaan hati yang ikhlas,jujur dan bersyukur atas nikmat yang Kau berikan

No comments:
Post a Comment