Saturday, March 13, 2021

Andai niat disalahtafsirkan...

 Setiap manusia tak jahat,ada cerita yang dia simpan.Ada perkara yang dia bentukkan dalam diam dengan harapan yang sememangnya kebahagiaan buat diri dan keluarga.

Dalam mengejar sebuah impian,banyak jurang yang menjadi kita lemah dan banyak mulut dan tangan yang mengikat hati daripada menjadi seorang yang hebat pada diri sendiri.

Kerana risau dan ketakutan,orang lupa ada tuhan yang setia bersama kita walaupun berduyun-duyun manusia yang menghukum dan memaksa.

Walaupun,hakikatnya,kepastiaan adalah satu kemenangan bukan sekadar tanggapan palsu yang menakut-nakutkan.

Walahu'alam.

Sunday, March 7, 2021

Bersyukur?

 


{Assalamualaikum,peeps}

Okay,nampak aja gambar tu korang paham-paham jelah kan,mesej apa yang aku nak share kepada korang?


"Apabila kau bersyukur, maka akan aku tambah"

 

Sorry-lah, aku tak ingat surah mana. Tapi, memang bunyinya macam itulah.Aku faham; nak bersyukur itu agak payah apabila kita hidup dengan masyarakat nyata dan maya sekarang ini.

Kita nampak kelebihan orang.

Kita tak sempat nak scan diri sendiri.

Yelah,ada orang kereta mahal,rumah sendiri dan etc - tapi,kita? 

Alhamdulillah...masih ada rumah nak tinggal walau rumah kecik sekalipun.

Memang nak bersyukur terlalu payah.Kesabaran kena tip-top,fikiran kena open sikit dan hati pastilah kena neutral daripada bentuk godaan dunia (ceh ://)

Tapi,jangan kita lupa. Ganjaran Allah nak bagi lagi besar daripada yang kita duk kejar-kejar itu. Sabr dan Shukr adalah tunjang pada kebahagiaan hidup yang hakiki.

Soalan tadi tu,kenapa nak kena bersyukur?

1.Bila Allah janjikan sesuatu yang lebih hebat daripada yang dia pernah beri sebelum ini,maka percayalah kerana tuhan yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.

2.Ideologinya sama saja; ada ikan dan pancing. Dia bagi kita pilih,mana yang kita nak. 

Kalau ikan;

Dapat nikmat kecil saja.Senang mudah dan segera.

Kalau pancing;

Lambat,lama tunggu dan nikmatnya lebih besar dan manfaatnya lebih hebat.

3."Bila kita kurang,tengok orang yang lebih kurang daripada kita"

 4. Bersyukur lebih dekatkan diri pada sifat tawadduk.

5. Kebahagiaan sebenar terletak pada hati yang bersyukur. Apabila ujian datang,dia terima dengan redha dan sabr, apabila nikmat turun,dia bersyukur dan berterima kasih" - Maka, tak hairanlah ada orang walau tengah bermasalahpun tetap tersenyum bahagia kerana hati yang patuh dan redha pada setiap perancangan daripada Tuhan.

6.Otak yang kuat bersyukur inclined to optimism dan positivity. Yelah,bila gagal periksa,bersyukur. Bila bisnes gagal,bersyukur.Bila gaji tidak naik,bersyukur. Masih ada ilmu yang boleh diterokai, masih ada rumah untuk tinggal dan masih ada sumber pendapatan untuk hidup.

-Hati yang penuh sabr dan syukr, adalah hati yang bersyukur-

Semoga kita semua dikurniaan hati yang ikhlas,jujur dan bersyukur atas nikmat yang Kau berikan

Saturday, March 6, 2021

Launch Time : Just My Point of View is on podcast

 {Assalamualaikum,peeps}

Okey, Alhamdulillah aku dah berjaya lancarkan podcast aku sendiri untuk menjadi 'lagu'cinta kepada korang.

Hehe :) :)

Jadi,sila-silalah klik podcast ini ya. Aku buat saja-saja,demi kebahagian semua.

Klik⤵️⤵️

Podcast Just My Point Of View

Insha Allah,aku harapkan podcast ini mendapat sambutan dan menerima maklum balas yang bernas daripada orang yang mendengar (audiences)

Sesiapa yang nak "voice-to-voice" dengan aku,bolehlah drop your message dalam inbox emel aku seperti yang tertera di bawah ini.

Emel Just My Point of View

Long story short,aku akan kongsikan pengalaman hidup,tips kehidupan dan beberapa psikologi kehidupan yang agak popular dan taboo kot;

=Psikologi minda,kekeluargaan dan parenting serta beberapa trik menarik yang mungkin boleh dilakukan. 

Aku buka sesiapa saja yang nak bercakap atau berdiskusi dengan aku tentang perkara yang berkaitan dengan positiviti dan filosofi kehidupan. 

Insha Allah, semoga ilmu kita kian bertambah.


Stay Tuned๐Ÿ˜˜

Friday, March 5, 2021

Kenapa aku macam ni?

 {Assalamualaikum, peeps}

Kau pernah rasa tak, menyampah aje dengan life sendiri yang macam tak menjadi langsung?

- Yes or no? Mana-mana tak salah, sebab bergantung kepada keadaan.

Dulu, aku suka persoalkan sesuatu benda yang aku buat tapi tak menjadi, well, fikir dah pulun abis tapi kenapa tak nampak pertolongan Allah? Where is you... I need you :) Masha Allah, how could I not see the light yang Allah bagi dari dulu, 

"Jika kau tak dapat benda yang kau nak walaupun sudah usaha, ketahuilah kejayaan memang dah benar-benar hampir, a step ahead! Jangan putus asa. Kalau itu bukan sebahagian daripada takdirmu, jangan risau dan bersedih kerana aku lebih tahu sesuatu jalan  takdir yang terbaik untuk kau. Aku lebih tahu..."

Dalam kita asyik pandang kekurangam dalam hidup kita, itu aja yang kita akan nampak sampai mati.

"What you focus will expand"

Sejak aku baca banyak pengalaman dan nukilan hamba Allah yang hebat tentang nikmat,kesyukuran,kehidupan,jatuh dan bangun malah kemuliaan yang tuhan beri pada kita, terlalu indah dan terbaik. No word can describe its beauty.

Aku mula nampak rahmat Allah,bila aku biasakan diri untuk kira apa yang tuhan beri pada aku walaupun aku tak cukup beribadah kepada Dia. Allahu Akhbar, Dialah Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Mengasihani hamba-hambanya.

Dulu aku nampak yang sedikit itu benda cacat.

Gagal dalam peperiksaan, dah condemn Tuhan macam-macam. Persoalkan, kenapa Kau tak ada saat aku perlukan Kau?

Sedangkan,dia bagi. Dia akan bagi,cuma belum masanya. Kalaupun bukanlah rezeki kita, Dia baik sanagt untuk siapkan rezeki yang hebat. Dan lebih hebat daripada yang kita harapkan.

Betul! Aku rasa lain. Lebih tenang bila banyak cabaran dan masalah. Yang paling penting, dapat kawal pemikiran kita. (kesihatan mental yang ramai orang ambil remeh)

Alhamdulillah,dia ubah cara aku pandang sesuatu.


Even benda yang buruk terjadipun, kita pandang pada baiknya.
Hikmah yang dijanjiNya. Jadi, aku tulis nota ini sebab aku nak kongsikan pada korang bahawa kita tak boleh percaya pada apa yang terlihat dek mata.

Nampak masalah jangan fikir ia masalah. (Klise tak klise, trylah jadi optimistic sikit, tak rugi Insha Allah)

Nampak bahagia dan nikmat, Alhamdulillah bersyukur dan ucap terima kasih pada Tuhan tak kira dalam hati atau secara verbal.

Banyakkan bercakap dengan Allah

Berdamailah dengan diri kita. Badan kita ada hak untuk bertenang,rehat dan tenangkan diri. Jangan serabutkan otak dengan masalah. Rehatlah, Tuhan cakap jangan lupa badan kita juga ada hak. Kalau kita tak jaga dan tak sayang dia, siapa lagi yang nak buat macam tu?

Amanah tuhan yang dia bagi untuk jaga dengan baik supaya boleh beribadah pada dia. 

Kalaupun penat sangat dan burn out sangat, tarik nafas dan keluar lagi daripada satu-satu kawasan yang penuh kerja dan masalah itu. Tuhan ada di mana-mana.

Selain sejadah, alam lah yang aku cari. Alam luas, alam tak buruk daj tak bermaksiat, Alam mulia dan alam sangat tenang.

Carilah ketenangan dalam diri kita itu dekat alam. Mesti jumpa, insha Allah. Kalau pun tak suka, carilah ceruk mana tak kisah.Mengadulah. Dia ada dekat mana-mana. Dia dengar kita. Tak semestinya sedih kena pergi masjid. Tak...

Tempat tak penting. Yang penting, hati. Di mana kita bawa hati kita yang pedih dan penat itu, disitilah Tuhan datang bersama rahmat, kasih sayang dan penyembuhanNya.

Aku tahu, nak jadi seorang yang mulia susah. Cukuplah kita jadi manusia yang berusaha ke arah itu.

Memang,mungkin nampak pelik dalam gerombolan manusia itu,kenapa kita seorang-seorang,angkat tangan dan berdoa dalam hati sampai air mata jatuh,atau tengah menahan luka dengan Al-quran dekat tangan? Atau macam-macam caralah untuk kita ingat dia dalam tengah-tengah manusia yang lain.

Pedulikan. Ingatlah, sehebat-hebat ganjaran adalah ganjaran di syurga bukan dunia.

Insha Allah, kita percaya walau tak nampak kerana iman yang ada dalam diri kita menjadi asbab Allah memilih kita untuk menjadi tetamu syurga dan diangkat darjatNya.

Insha Allah, Tabarakallah


My thoughts ๐Ÿƒ

  Salam. Kerja dan belajar adalah satu fasa yg baru dan memang challenging, kan? Jadi...? Jangan persoalkan tentang 'bahaya' sesuatu...