{Assalamualaikum, peeps}
Kau pernah rasa tak, menyampah aje dengan life sendiri yang macam tak menjadi langsung?
- Yes or no? Mana-mana tak salah, sebab bergantung kepada keadaan.
Dulu, aku suka persoalkan sesuatu benda yang aku buat tapi tak menjadi, well, fikir dah pulun abis tapi kenapa tak nampak pertolongan Allah? Where is you... I need you :) Masha Allah, how could I not see the light yang Allah bagi dari dulu,
"Jika kau tak dapat benda yang kau nak walaupun sudah usaha, ketahuilah kejayaan memang dah benar-benar hampir, a step ahead! Jangan putus asa. Kalau itu bukan sebahagian daripada takdirmu, jangan risau dan bersedih kerana aku lebih tahu sesuatu jalan takdir yang terbaik untuk kau. Aku lebih tahu..."
Dalam kita asyik pandang kekurangam dalam hidup kita, itu aja yang kita akan nampak sampai mati.
"What you focus will expand"
Sejak aku baca banyak pengalaman dan nukilan hamba Allah yang hebat tentang nikmat,kesyukuran,kehidupan,jatuh dan bangun malah kemuliaan yang tuhan beri pada kita, terlalu indah dan terbaik. No word can describe its beauty.
Aku mula nampak rahmat Allah,bila aku biasakan diri untuk kira apa yang tuhan beri pada aku walaupun aku tak cukup beribadah kepada Dia. Allahu Akhbar, Dialah Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Mengasihani hamba-hambanya.
Dulu aku nampak yang sedikit itu benda cacat.
Gagal dalam peperiksaan, dah condemn Tuhan macam-macam. Persoalkan, kenapa Kau tak ada saat aku perlukan Kau?
Sedangkan,dia bagi. Dia akan bagi,cuma belum masanya. Kalaupun bukanlah rezeki kita, Dia baik sanagt untuk siapkan rezeki yang hebat. Dan lebih hebat daripada yang kita harapkan.
Betul! Aku rasa lain. Lebih tenang bila banyak cabaran dan masalah. Yang paling penting, dapat kawal pemikiran kita. (kesihatan mental yang ramai orang ambil remeh)
Alhamdulillah,dia ubah cara aku pandang sesuatu.
![]() |
Berdamailah dengan diri kita. Badan kita ada hak untuk bertenang,rehat dan tenangkan diri. Jangan serabutkan otak dengan masalah. Rehatlah, Tuhan cakap jangan lupa badan kita juga ada hak. Kalau kita tak jaga dan tak sayang dia, siapa lagi yang nak buat macam tu?
Amanah tuhan yang dia bagi untuk jaga dengan baik supaya boleh beribadah pada dia.
Kalaupun penat sangat dan burn out sangat, tarik nafas dan keluar lagi daripada satu-satu kawasan yang penuh kerja dan masalah itu. Tuhan ada di mana-mana.
Selain sejadah, alam lah yang aku cari. Alam luas, alam tak buruk daj tak bermaksiat, Alam mulia dan alam sangat tenang.
Carilah ketenangan dalam diri kita itu dekat alam. Mesti jumpa, insha Allah. Kalau pun tak suka, carilah ceruk mana tak kisah.Mengadulah. Dia ada dekat mana-mana. Dia dengar kita. Tak semestinya sedih kena pergi masjid. Tak...
Tempat tak penting. Yang penting, hati. Di mana kita bawa hati kita yang pedih dan penat itu, disitilah Tuhan datang bersama rahmat, kasih sayang dan penyembuhanNya.
Aku tahu, nak jadi seorang yang mulia susah. Cukuplah kita jadi manusia yang berusaha ke arah itu.
Memang,mungkin nampak pelik dalam gerombolan manusia itu,kenapa kita seorang-seorang,angkat tangan dan berdoa dalam hati sampai air mata jatuh,atau tengah menahan luka dengan Al-quran dekat tangan? Atau macam-macam caralah untuk kita ingat dia dalam tengah-tengah manusia yang lain.
Pedulikan. Ingatlah, sehebat-hebat ganjaran adalah ganjaran di syurga bukan dunia.
Insha Allah, kita percaya walau tak nampak kerana iman yang ada dalam diri kita menjadi asbab Allah memilih kita untuk menjadi tetamu syurga dan diangkat darjatNya.
Insha Allah, Tabarakallah

No comments:
Post a Comment